Jumaat, 24 Oktober 2014

Peristiwa Disember 2013

Assalamualaikum WBT dan Salam Maal Hijrah 1436

Hellloooo Disember!!! Peristiwa Disember ni Ummi kopipes ja dari belog Ummi yang lagi satu yang sengaja disembunyikan. Sebab? Belog yang lagi satu tu merupakan DIARI Ummi. Takkan nak bagi orang lain baca diari kita kan. Jadi, belog tu hanya untuk tatapan mata Ummi sahaja sampaikan En.Suami pernah merajuk sebab tak bagi dia baca. Hehe. (^o^)

Catatan ini di tulis pada 30 Disember 2013 @Salju Ice Diary

1. Balik Johor Bharu (JB)
(6hb - 8hb Dis 2013)
KL-JB-KL : 6hb aku masih kerja. Kiranya aku tak amik cuti rehat la sebab cuti tahunan aku tinggal 6 hari je. Jadi macam sayang nak amik cuti. Malam tu baru kami bertolak dari rumah ke JB dari jam 8pm (6hb Disember 2013) - 7am (7hb Disember 2013). Kami terpaksa menempuh perjalanan lebih kurang 11 jam di mana yang sepatutnya ambik masa dalam 4 - 5 jam. Lama gile kan. Hari kami bertolak ni pulak tetibe ada eksiden. Jalan jem giler. Lebuh raya seremban ditutup. Jadi kami terpaksa tembus tol lain.. Sesat larat jugak kami cari jalan walaupun guna GPS.. huhu

Eksiden ni la yang aku maksudkan..

Last2, jam 7.30 am baru sampai JB. Pastu kami terus pegi rumah Mak Anjang (tempat rombongan pengantin berkumpul). Kami tak terus balik rumah mak di Darul Hanan. Sampai2 je kami terus minta tumpang tidur. Pastu jam 9.00 am baru nak mandi dan bersiap. Janji jam 9.00 am baru berkumpul di rumah mak anjang. Kiranya kami lah orang yang pertama sampai.. hihi. Ouh.. lupa nak bagitau. Tanggal 7hb Disember 2013 adalah hari bersejarah buat Mak Uteh untuk perkahwinan kedua beliau setelah 2 tahun kematian suami. Tahniah!!!! Semoga berbahagia sehingga akhir hayat.

2. Wedding Mak Uteh
 Aturcara Majlis:
7hb Dis 2013 : Majlis dibuat sebelah pengantin lelaki. Nikah jam 10 pagi (kot). Pastu ada makan2 dalam jam 12 tgh. Tema Kuning. Petang lepas Asar ada sesi gotong-royong di rumah pengantin perempuan. Kami mulanya tak nak ikut. Hasben penat drive. Jadi dia nak tido. Tapi mak pujuk2. Mak cakap mak x makan lagi.. Sian mak. Kenduri kahwin adik dia pun dia terpaksa berkerja. Tapi bila kami sampai rumah pengantin perempuan, yang ada hanya Sodiq and the gengs, serta jiran tetangga.. Yang lain enggak ada.. Kami pun lepak2 dulu rumah pengantin tu. Pastu mak ajak Jalan-Jalan Cari Makan di Kong Kong. Jadi kami (Aku, Hasben, Mak, Ipan) pun terus gerak ke Kong Kong. Masa ni Anep tak nak ikut. Dia nak tinggal dengan Sodiq and the gengs. Intan? Dia tak ikut Ipan balik. Mungkin dia dah sarat jadi sebab tu la dia tak larat.

Kg. Kong Kong, JB

8hb Dis 2013 : Majlis dibuat sebelah pengantin perempuan. Dalam jam 8 pagi lagi kami dah gerak dari rumah mak (Darul Hanan) ke tempat kenduri. Jadi, boleh la kami tolong apa yang patut. Aku tak tolong banyak pun. Just potong2 kuih dan hidangkan makanan je. Kami gerak balik KL dari rumah mak lebih kurang jam 8-9 malam. Sampai rumah Sri Serdang dalam jam 3 pagi keesokan harinya (9hb). Sempat la aku tido kejap sebelum pegi keja. Kroh.. kroh.. Ngantuk Giler Wa Cakap Lu...


3.   Rindunya Alor Setar!!!
(10hb - 15hb Dis 2013)
KL-AS-KL : 9hb - 10hb tu aku masih masuk kerja. Sayang cuti la katakan. Malam 10hb jam 8pm kitorang dah gerak dari rumah. Kami balik ni pun tanpa pengetahuan orang2 A.Staq.. I means my family.. Konon-konon nak buat surprise la kan... Esoknya (11hb) cuti umum sempena besday Sultan Selangor. Tempat kerja aku ni memang dari dulu ikut cuti Selangor walaupun beralamat Putrajaya. Mungkin sebab ofis aku ni terletak di sempadan Putrajaya-Selangor, jadi orang2 dahulu kala ni dah buat 'OSOM' dah kot. Hohoho..

4. Jambatan Pulau Pinang
(11hb Dis 2013)
Kami tiba di Jambatan Pulau Pinang jam 2pagi.. Hohoho.. Apekebende pulak yang kami buat kat sini yek?? Masa ni aku mamai2 lagi. Tengah mamai2 tu la aku tanya hasben kenapa lalu Jambatan Pulau Pinang ni. Bayangkan kereta kami lah satu2nya yang lalu jambatan tu pada waktu itu.. Sunyi je rasa.. Pastu hasben cakap saje2 nak lalu sebab nak merasa lalu jambatan nih..Seumur hidup dia x pernah lalu jambatan ni lagi... Kisahnya.. Pastu bila dah nak sampai hujung jambatan baru hasben suruh aku google kat GPS cari kedai makan Nasi Kandar. Aku tanya ada ke kedai makan buka 2-3 pagi ni? En.hasben cakap yang si Syahir (adik aku) pernah singgah makan waktu 2,3 pagi kat kedai Nasi Kandar yang sedap di Pulau Pinang. Jadi aku pun google tengok kedai2 makan yang terdekan and then aku set dalam GPS. Engko tau GPS tu bawak kami ke mana? Hampeh betul.. Dia suruh kami patah balik naik Jambatan P.Pinang tu rupa2nya.. Padahal baru terniat nak makan dalam Pulau Pinang. Kami terpaksa pusing2 tak tentu arah hanya nak cari kedai Nasi Kandar semata-mata tapi tak jumpa2.. Huhu.. Kecian hasben sebab tak tercapai hasrat dia. Last2, kami patah balik ikut Jambatan Pulau Pinang semula.

Lebih kurang macam ni la pemandangan Jambatan Pulau Pinang pagi tu. Aku nak snap sendiri pakai hset tapi tak cantik. Hanya silau semata2. Huhuhu. (-_-")

5. Dah Sampai Alor Setar!!!
(11hb Dis 2013)
Kami tiba di depan rumah mak ayah jam 5pagi. Tapi kata hasben jangan kejutkan diorang. Takut menganggu tidur. Lepas tu kata hasben nak cari nasi lemak yang sedap. Jadi kami gerak ke tempat yang nak dituju. Aku agak tempat tu dekat2 dengan pasaraya Billion. Entah la. Aku mamai la. Pastu aku sambung tidur dengan nyenyaknya. Kami parking di kawasan berdekatan dengan tempat jualan nasi lemak. Tapi masa ni payung gerai pun tak nampak lagi. Kami tunggu sampai jam 7pagi. Aku dah tak sabar2 nak terkucil ni.. Dah la xde toilet yang berdekatan. Jam 7pagi tu baru la peniaga terkedek2 nak pasang khemah la.. itu ini la... Pastu hasben lak membebel2.. aku lak nak terkucil. Bertapa tensionnya kami pada waktu itu.

Pastu hasben mintak aku call sesape yang ada kat rumah tu tanya ada berapa orang kat rumah. Aku berkira-kira nak telefon sape.. Kalau nak telefon Ayah atau Wan, depa tu tido mati. Mesti tak angkat punya. Kalau telefon mak lagi la tak pernah berjawab. Last2 aku telefon si Mama (adik aku no.2). Dia lah satu2nya yang aku boleh harap. Akhirnya, sesi sembang2 pun bermula.

Aku : Helo, Assalamualaikum.
Mama: Waalaikummussalam. Ha, awat? (dengan sora serak2 mamai)
Aku: Org nak tanya ni, la ni kat rumah ada berapa orang?
Mama: Awat?
Aku: Org nak beli nasi lemak ni.. berapa org?
Mama: Ang ada kat mana ni? (nada terkezuut)
Aku: Org dah sampai kat rumah pukul 5pagi tadi. Ni nak beli nasi lemak. (Ops.. terbagitau.)
Mama: La.. Awat tak telefon kejut org. Org boleh je bukakkan pintu..
Aku: Saja nak buat surprise. Cakap la berapa org. Org nak cepat ni. (Nak terkucil lagi ni..)
Mama: Org, Wan, Mak, Ayah, Idan. 5 orang.
Aku: Ok. Bye. Assalamualaikum.
Mama: Waalaikummussalam warahmatullah..

Lepas tu..

Hasben : La.. kenapa bagitau kita dah sampai pukul 5 tadi
Aku : Sori2, org terlepas cakap la.
Hasben : Adeh... (mengeluh sambil buat muka tension). Lain kali jangan cakap macam tu. malu la abg...
Aku : Kenapa nak malu pulak?
Hasben : Malu la. Abg ni org luar. Kita sampai awal2 pagi ni takut menyusahkan family syg je.. bla.. bla.. bla..
Aku : Org luar? Ouh, kalau macam tu org kena malu jugak la lepas ni dengan family abg sbb org pun org luar..
Hasben : ... (terdiam)...
Aku : ...(diam)...
Hasben : Syg..
Aku : ...(diam)...
Hasben : Syg..
Aku : ...(diam lagi)...
Hasben :Takkan macam tu nak merajuk..
Aku : ..(tak peduli)..

Lepas siap je pesanan nasi lemak 8 bungkus, kami pun gerak balik rumah mak ayah. Dalam perjalanan kami diam je. Pastu bila hampir sampai rumah, kereta kami terpaksa lalu bonggol2 jalan yang banyak kat situ. Aku cakap dengan hasben lalu bonggol2 tu pelan2 sikit.. Aku tak tahan nak terkucil tau tak!!! Pastu lagi dia nak sakat aku ada la. Pastu aku ugut nak kencing dalam kereta.. Baru tau.. grr..

Sampai2 je rumah, aku terus kalut salam mak pastu aku cakap nak terkencing pastu aku terus serbu toilet. Punya la kelam kabut kan... Pastu hasben yang punggah semua barang dari dalam kereta.. huhu.. Baikkan hasben aku.. Lepas kemas2, sembang2 dgn mak adik, aku pun masuk bilik nak sambung tido sebelah hasben. Hasben mintak aku tido dalam dakapan dia. Cewah. Pastu dia cakap, olololo.. tadi merajuk.. Kuang asam!!!!

Pastu kebanyakan hari2 yang kami lalui memboringkan. Nak jenjalan.. tengah sengkek. Gaji tak masuk lagi. Jadi memang kebanyakan masa lepak2 kat dalam rumah. Aku kengkadang tolong mak masak. Kalau x sempat tolong (konon2), aku pun dengan "rajinnya" melipat baju2 yang dah kering. Hasben? Sian. Dia pun boring. Jap2 tengok tv. Jap2 tido. Jap2 bangun tido. Jap2 tengok tv. Jap2 tido balik. Pastu isi masa lapang basuh keta depan rumah. Aku pun sampai boring bila tengok keaadaannya yang tak tentu arah begitu. Hmm..

6. Mandi-Manda Kolam Air Panas Ulu Legong
12hb Dis 2013 (Khamis) :
2,3 hari sebelum balik iaitu lebih kurang 12hb aku menuntut janji dari Wan (adik aku no.4) yang nak bawak kami pegi mandi kolam air panas di Ulu Legong, Baling. Selagi tak pegi selagi tu la aku tuntut. Hahaha.. Pada hari kejadian, kami pun pergilah sekeluarga. Kami bertolak jam 9 malam. Perjalanan yang konon2 ambil masa 40 minit tu rupa2nya makan masa 2 jam. Naik lembik aku bila sampai sana. Tengok jam dah pukul 11 malam. Adei.. Masuk parking kena bayar dalam RM3-RM4. Aku tak ingat la. Pastu bila dah dapat parking tiba masa untuk beli tiket. Ayah suruh kami tunggu kejap. Dia buat panggilan. Hasben dah menuju ke kaunter. Mungkin baru terniat untuk bayarkan harga tiket. Pastu tetibe ayah panggil kami semua masuk ikut dia. Hasben tak jadi beli. Tiket yang sepatutnya RM6/1kepala kami boleh masuk free je sebab rupa2nya ayah ada "org dalam".. Pada mulanya, aku nampak ayah aku nak hulur jugak duit tapi orang tu tak nak. Mungkin sebab "kawan2" kan... Yeappy!!! Ehem2.. Alhamdulillah.. Inilah yang dikatakan rezeki yang tidak di sangka.

Dah sampai!!! Yeay!!
Kolam ni la yang kami mandi.. Best!!!
My family

Ni pemandangan pada siang hari.
Lebih kurang ramai macam ni la malam tu. Ramai giler.
Lepas kami dah jumpa port yang sesuai, kami pun mula lepak2 di situ. Aku cuba celop kaki dalam air. Panas siot!!! Tetibe si Wan dengan selamba buat terjunan dalam kolam air panas tu. Mak ai!!!.. Tak melecoq ka? Gilosss.. Kemudian aku sahut cabaran. Tercabar rasanya. Tapi aku xde la sesuka ati pergi terjun macam si Wan tu.. Nak mampos??? Aku celop dulu kaki lelama.. kendian pelan2 sampai ke paha.. pastu pelan2 duduk dalam air tu.. pastu pelan2 berendam sampai paras dada.. pastu cepat2 aku selam kepala aku dan aku cepat2 timbulkan balik kepala aku.. Yeappy!! Bangga la jugak sebab aku lah orang ke2 berjaya berendam dalam kolam tu selepas adik aku. Pastu boleh la aku gelakkan hasben aku yang baru lepas paras betis tu.. Muahaha..

Tapi aku dapat gelakkan sekejap je pasal hasben aku mula tercabar. Cewah. Dia siap berenang2 lagi dalam kolam air panas tu.. Panas ati ja pasal orang tu pandai berenang.. Pastu ayah pun berenang jugak. Aku ni setakat berendam je la yang termampu. Berendam lelama dalam air tu memeningkan kepala aku.. mungkin tak cukup oksigen. Jadi, kejap2 aku naik ke darat. Hohoho.. Semua hepi malam tu. Hasben cakap bestnya!! Sebab ini la 1st time dia dapat mandi kolam air panas. Last kami sekeluarga pergi mandi sana masa si Pudin (adik no.5) umur 6-7 tahun. Masa tu si Idan (adik no.6 merangkap adik yg paling bongsu) pun xde lagi..

Kendian, aku dan hasben jenjalan cari makan. Hasben beli 3 bungkus nasi lemak dan 7 bungkus burger. Lepas tu kami ramai2 makan. Jangan terkejut kalau nak tau si Idan yang 8 tahun tu abiskan 3 bungkus burger sorang. Dia makan bahagian si Mama dan Ayah. Sian. Depa dua terpaksa la beralah. Apa boleh buat. Adik bongsu aku tu ada selera Dinasor. Hasben makan 2 bungkus nasi lemak dan 1 burger. Banyak jugak dia makan. Ayah dapat makan sebungkus nasi lemak. Sian mama.. terpaksa berlapar. Huhu..

Kami semua berangkat pulang ke rumah bila jam menunjukkan 1 pagi. Tiba di rumah jam 3 pagi. Letihnya!!!! (Ceh, keje asyik tido je memanjang dalam van. Bukan jadi driver pun. Tang mana yang letih pun tak tau la...)(-_-")

7. Projek Orang Lelaki aka Memancing
14hb Dis 2013 (Sabtu) :
Dua hari lepas tu (14hb) si Wan and hasben and kawan si wan bertiga dah buat plan pegi memancing kat Kuala Kedah. Depa keluar memancing jam 8 malam. Hasben ada ajak aku pegi. Memula aku nak ikut. Tapi memandangkan aku belum mandi sebab tolong mak memasak, jadi aku tetibe malas nak ikut. kuikui. Pastu lepas hasben keluar memancing, rindu pun mula bertandang. Pastu mula la sesi berbalas2 SMS.. hihi. Depa pulang pada pukul 1 pagi membawa ikan masing2. Hasben dapat 2 ekor. Wan dapat sekor. Kawan dia dapat 2 ekor. Aku masa ni tak dapat tido. Jadi aku main game henset je la sambil2 menunggu kepulangan hasben yang tercenta.. Cewah. Ikan apa? Entah. Aku tak ingat. Yang aku ingat, aku dah pun selesai makan ikat tersebut.. Yummy!!!

8. Balik Rumah Kami di Serdang. Home Sweet Home
15hb Dis 2013 (Ahad) :
Tiba lah keesokkan harinya (15hb) di mana pada malam harinya kami berangkat pulang dari rumah AS jam 9 malam. Berat je hati melangkah. Aku cium kedua2 belah pipi mak dan adik2 kecuali idan dan wan. Depa tak sporting langsung. Cehh!! Konon2 gentleman la kot. Ayah? Aku cium tangan je. Masa tu asap tengah berkepul2.. Aku cium tangan sambil sebelah tangan lagi tutup hidung. Boleh bayangkan tak? Hah? Hah?

Perjalanan pulang AS - KL kami berjalan seperti biasa. Banyak Hentian Rehat RNR yang kami singgah. Aku lak asyik2 "pengsan" je dalam keta. Hihihi. (^-^)v peace.

9. Kejadian di Hentian Rehat Sg. Perak
16hb Dis 2013 (Isnin) :
Dalam jam 1 pagi kami tiba di Hentian Rehat Sg. Perak. Aku nak ikut hasben pegi toilet. Tetibe benda yang tak diingini berlaku. Cewah. Macam saspen. Walau tak saspen, tapi sakit weh.. Memula tu aku nak keluar dari kereta tapi ada makcik sebelah buka pintu luas2 pastu terbongkok2 dalam kereta dia. Aku ni sambil tunggu dia tutup pintu dia tetiba aku rasa sakit perut. Memula sikit je. Tapi makin lama makin sakit. Lama la pulak makcik ni.. Tunggu pintu kereta dia tutup tapi tak tutup2 pun..

Pastu hasben aku minta izin dari makcik tu supaya aku boleh keluar. Pastu aku jalan makin perlahan. Aku nampak je kerusi, aku terus duduk. Aku menekan2 perut aku yang makin lama makin menyengat. Bila hasben tengok keadaan aku macam tu terus dia ajak aku balik ke kereta semula. Makin lama makin susah aku nak berjalan. Sakit yang mencucuk2 perut aku seolah2 berjangkit ke pinggul hingga ke kedua2 kaki.

Hasben aku tinggalkan aku dalam kereta dan pergi ke toilet semula. Makin lama makin sakit. Susah aku nak gambarkan. Akhirnya, tumpah juga air mata. Aku menangis teresak2. Aku tak tau nak buat apa. Aku tak pernah sakit perut yang macam tu. Jadi, aku hanya mampu menangis dan nangis.. Hasben masuk kereta. Mungkin dia terkejut bila tengok aku menangis. Dia tanya sakit perut? Aku tak dapat cakap. Sambil nangis aku mengangguk. Hasben pun tak tau nak buat apa. Kemudian dia keluar dari kereta. Aku pulak asyik nangis tak dapat berhenti. Pasal sakit yang mencucuk2 tu langsung tak nak berhenti.

Rupa2nya lepas hasben keluar dari kereta tu, dia kelam kabut telefon mak abah dia. Lama jugak dia keluar kot. Aku tak berapa perasan. Entah apa la yang dibualkan. Tapi aku dah tak berapa peduli pasal aku sendiri pun dah menonggeng2 dalam kereta. Duduk macam mana pun tak selesa. Berdiri dah tak dapat, apatah lagi kalau berjalan. Sejam dua jugak la aku sedemikian rupa. Lepas sakit tu dah berkurang, aku sedikit lega. Tapi tak lama. Kejap sakit kejap tak sakit. Keadaan tu berterusan. Akhirnya, setelah tangisan aku reda, hasben aku tanya keadaan aku. Aku cakap sakit dah kurang. Tapi sekejap ada sekejap tak ada. Dia tanya aku sama ada aku nak pegi toilet. Aku cuma gelengkan kepala. Aku dah tak ada mood nak ke toilet. Berjalan pun tak berapa boleh. Ini kan pula nak ke toilet yang jauh bagaikan sebatu.

Akhirnya, kami memutuskan untuk meneruskan perjalanan pulang. Sepanjang perjalanan aku tak dapat tidur. Sebab, perut aku masih berdenyut2. Duduk pun tak selesa. Tiba di Sri Serdang pada pukul 4 pagi. Kami terus ke McD 24 jam yang baru di buka bulan lepas. Selepas beli apa2 yang patut untuk mengisi perut, kami pun bergerak pulang ke rumah. Semua barang2 hasben yang angkat. Sian dia. Aku? Aku hanya pegang plastik McD tu je. Itu yang termampu. Hukhuk. (≥﹏≤)

Lepas abis angkut barang, hasben terus kemas2 rumah. Macam biasa. Rumah bersepah giler dikerjakan budak2 (kucing). Selalunya aku tolong jugak. Tapi kali ni aku kemas mana yang termampu. Perut aku masih lagi sakit. Kemudian kami sarapan dalam pukul 5 pagi. Aku sarapan bubur McD je untuk alas perut. Tu pun tak dapat habis. Lepas tu hasben suruh aku tido. Dia tanya aku sama ada aku larat tak pegi keja. Aku cakap aku tak nak pegi kerja. Tak larat.

Pastu aku hantar SMS kepada bos2 aku, En.Rizuan & En. Hanis, dan tak lupa jugak kepada kawan aku si Eita & si Amy memaklumkan yang aku nak amik EL disebabkan mertua aku nak datang ke rumah dari JB. Aku tak bagitau yang aku tak sihat. Tak nak depa fikir yang bukan2. Oh, ya!! Aku bukan menipu ya. Memang mertua aku nak datang. Hasben maklumkan yang Mak, Mak Li & Abah nak datang ke rumah sebelum berangkat ke JB. Mungkin depa datang untuk tengok keadaan aku. Alamak.. Menyusahkan depa ja. Entah apa lah yang dibualkan hasben aku dalam telefon di RNR tadi.

Hasben kejutkan aku selepas mertua aku sampai di rumah kami jam 8 pagi. Hasben aku yang uruskan semua. Dia yang hidangkan makanan. Dia juga yang sediakan minuman. Sian dia. Aku ni goyang kaki ja. Hukhuk. Mekacih hasben.. Dalam perbualan kami, mertua aku tanya macam mana boleh sakit, sakit yang macam mana dan macam2 lagi. Pastu depa nasihatkan pergi ke klinik. Pada mulanya kami memang tak nak pegi ke klinik. Maklumlah tengah sengkek. Sebab tu la aku nak amik EL saja. Tapi akhirnya kami pergi juga lepas di pujuk mak. Sebelum mak balik, mak ada menghulurkan RM100 ke tangan aku semasa bersalaman. Errkkk.. Aku terasa kekok. Berat hati nak menerima. Mekacih mak.. Semoga rezeki mak berlipat2 kali ganda. Hanya Allah swt yang mampu membalasnya. Entah bila pula aku berkesempatan untuk membalas budinya.

10. Klinik 1 Malaysia
(16hb Dis 2013)
16hb ini aku lalui hari yang panjang. Jam 9.00 pagi kami gerak ke Klinik 1 Malaysia. Selalunya Klinik1M tak ramai orang. Tapi sangkaan aku meleset. Lepas 30minit menunggu akhirnya tiba giliran aku. Aku masuk ke bilik doktor bersama2 hasben aku. Hasben aku macam tak puas hati je bila doktor tu macam tak percaya hasben aku tu ialah hasben aku. Hoho.. Sabar ya hasben.. Then, aku bagitau masalah aku. Doktor tu last2 suruh kami rujuk ke klinik besar sebab peralatan di klinik tu kurang. Jadi kami terus ke Klinik Kesihatan Seri Kembangan.

11. Klinik Kesihatan Seri Kembangan
(16hb Dis 2013)
Kami tiba di Klinik Kesihatan Seri Kembangan dalam jam 10.30 pagi. Pastu kena amik no giliran. Setengah jam kemudian baru orang kaunter panggil untuk pendaftaran. Pastu kena beratur untuk cek tekanan darah. Pastu jam 12.30 tgh hari baru doktor panggil. Fuhh.. Lama giler. En. hasben dah lama panas hati. Dia paling tak suka kalau kena tunggu lelama cenggini.

Lepas aku masuk bilik doktor, doktor tu duduk membelakangi aku. Pastu dia suruh aku duduk. Memula masa aku duduk depan doktor tu, aku terus terpegun. Jangan salah faham. Bukan doktor lelaki yang aku nak terpegun pegun sangat tu. Tapi ni doktor perempuan. Muka doktor tu ada iras2 kawan aku, kak ayu. Tapi masa tu kak ayu tgh peknen. Perut pun dah besar. Tapi kalau betul tu kak ayu, bila masa pulak jadi doktor. Dia kan kerja cikgu.

Dua kali doktor tu tanya soklan, baru aku tersedar. Hihihi.. Tu la. Berangan lagi. Buat malu je. Pastu aku pun citer la masalah aku. Memula tu, dia mintak aku baring atas katil dulu sebab nak check perut. Dia tekan2 perut aku pastu dia tanya sama ada aku sakit or tak. Ofcos la aku sakit. Kalau aku tak sakit, buat apa aku datang ke klinik. Tapi aku cakap macam tu dalam hati je. Sebab mulut aku sebut sakit je. Pastu dia tekan perut aku sana sini. Aku tahan je rasa sakit tu. Dah macam kena urut pulak rasanya. Pastu dia tanya aku last piyod bila dan berapa hari dah tak datang piyod. Aku cakap je dah lambat seminggu lebih. Pastu, dia mintak aku buat urine test dulu di makmal kemudian jumpa dia semula.

Result UPT positive. Means that, aku telah disahkan doktor hamil 5 minggu. Hasben dah tersenyum2. Tapi aku masih terkebil2 bila doktor tu maklumkan yang selalunya kalau orang yang memula peknen takkan sakit perut mcm aku ni. Then, dia tanya aku sama ada aku ada bleeding or tak. Aku cakap la setakat ni takde bleeding apa2 lagi. Doktor tu cakap yang aku dikhuatiri ada 2 kemungkinan sama ada peknen di luar rahim or ada tanda2 nak gugur. (Takutnya =_=" huhu). Dia cakap boleh je nak buat scan kat klinik tu tapi dia cakap waktu rehat bilik makmal tutup. Jadi, dia tanya sanggup ke nak tunggu sampai pukul 2ptg. Aku pandang hasben. Kami diam. Tak tau nak bagi respon macam mana. Pastu doktor tu sambung lagi. Kalau nak, dia boleh buat surat untuk di rujuk ke Hospital Serdang. Lagipun memang klinik tu akan rujuk pada Hospital Serdang. Jadi, tak perlu tunggu lelama kat situ. Aku pandang hasben lagi, minta pendapat. Aku tanak la menyusahkan dia. Sian pulak dia kena hantar aku ke sana ke mari. Lepas tu, hasben nyatakan persetujuannya untuk ke sana. Kendian, lepas doktor tu serahkan surat untuk rujukan Hospital Serdang, kami pun gerak ke sana.

........................................................bersambung.........................................................................

Sehingga No.11 sahaja yang sempat Ummi karangkan di belog tersebut. Lepas tu Ummi tinggalkan cerita ini tergantung begitu saja. Mungkin Ummi dah penat nak berfikir kot. Hari ini (25hb Oktober 2014, jam 2.15am) Ummi tetiba rajin untuk memerah otak untuk mengingati semula. Ampa konpius ka sat-sat Ummi bahasakan diri Aku-Ummi ni? Untuk makluman, Ummi akan bahasakan diri sebagai 'Ummi' di belog TintaRonaUmmi manakala bahasakan diri sebagai 'Aku' dalam DIARY Ummi OK!! Boleh faham setakat ni? OK. Kita teruskan bercerita di awal pagi yang hening ni..

12. Hospital Serdang
(16hb Dis 2013)
Kejadian di Hospital Serdang ni Ummi ingat-ingat lupa. Jadi, Ummi cuba mana yang termampu yang tercapai dek akal fikiran Ummi. 

Tiba di hospital lebih kurang jam 12.30 tgh. En.Suami turunkan Ummi di depan pintu utama sebelum cari parking kereta. Kalau dah dinamakan hospital faham-faham sajalah keadaan parkingnya. Konnn.. Selepas kereta En.Suami berlalu pergi, Ummi pun terus ke Kaunter Pertanyaan dan tunjukkan surat rujukan doktor. Nurse yang bertugas di kaunter tersebut meminta Ummi rujuk surat tersebut di Kaunter Unit Kecemasan. Dalam keadaan perut yang sedang sakit tu, 15 minit juga Ummi menapak ke bangunan Unit Kecemasan tu. Adoi..  _(-_-'')_

En.Suami akhirnya dapat parking di luar kawasan hospital, di tepi highway. Dia terpaksa tunggu di dalam kereta dikuatiri ada "mata-mata" yang tidak sabar-sabar untuk layangkan "surat cinta".

Ummi tunjukkan pula surat rujukan doktor tu pada staf lelaki yang bertugas di Kaunter Unit Kecemasan. Beliau memakai uniform hospital yang berwarna biru. Ummi tak pasti jawatan staf tersebut sama ada jururawat, doktor, atau apa-apa aja. Selepas dia membaca surat tersebut, dia membawa Ummi ke Bilik Scan dan meminta Ummi menunggu di kerusi yang disediakan sehingga doktor sampai. Tiada sesiapa pun yang menunggu di ruangan itu. Ummi menunggu dengan resah... sambil menahan sakit di perut yang semakin bertambah disebabkan kelaparan. Untuk makluman, kali terakhir kami bersarapan di McD jam 5.00 pagi.

..... Detik demi detik berlalu. Ummi cuba call dan hantar mesej kepada En.Suami tapi tiada line. Selalunya kalau orang yang tengah lapar, jiwa dan raga memang akan terasa mendidih ja.
 
Hampir 2 jam menunggu, baru nampak batang hidung doktor-doktor dan juga beberapa orang manusia yang inginkan rawatan juga. Pergh.. Bagus tak tatabahasa Ummi?  v(^_^)v kewkewkew.. Agaknya, Ummi datang waktu doktor lunch kot. Pasal tu la Ummi terpaksa menunggu berjam-jam lamanya. Menyesal pula rasa datang ke hospital. Kalau Ummi tau, lebih baik Ummi tunggu saja di klinik sambil-sambil keluar makan dulu. Grrrr..

Walaupun kelihatan kelibat doktor yang mundar-mandir di ruangan tempat Ummi menunggu, tetapi giliran Ummi masih belum di panggil. Sambil-sambil menunggu, Ummi cuba berborak dengan pesakit yang lain. Pesakit yang duduk di sebelah kanan Ummi merupakan seorang wanita melayu muda yang berumur awal 20an. Beliau berasal dari Terengganu yang berkahwin dengan orang Selangor. Suaminya lebih tua 6 tahun darinya. Macam "Kes" Ummi juga. Hehe. ~^.^~ Menurutnya, dia baru sahaja berkahwin bulan Ogos 2013 dan baru sahaja mengalami keguguran selepas kandungannya berusia 10 minggu. Sayangnya.. Manakala, sebelah kiri Ummi adalah seorang wanita Viatnam yang tidak fasih berbahasa Melayu dan terpaksa menggunakan khidmat suami beliau untuk bercakap dengan doktor. Beliau juga mengalami keguguran. Tidak banyak yang Ummi dapat bualkan dengan beliau kerana masalah komunikasi. Hmm.

Lebih kurang jam 3 petang barulah Ummi di panggil masuk ke bilik scan. Doktor yang merawat Ummi adalah seorang wanita India yang muda setahun dari Ummi. Macam mana Ummi tahu umur beliau? Ummi curi-curi tengok no.i/c di name tag dia lew... perasaan Ummi berdebar-debar dan teruja kerana pertama kali perut Ummi di scan. Tak sabar-sabar Ummi nak tengok "nyawa" yang berada di dalam perut Ummi.

Ummi menerangkan masalah Ummi setelah diajukan beberapa soalan dari doktor tersebut. Berkali-kali dia sapukan gel di perut dan menggerak-gerakkan alat scan tersebut. "Nyawa" Ummi kelihatan seperti sebiji guli yang comel. Kemudian, doktor wanita India tersebut memanggil seorang wanita Cina ke dalam bilik tersebut dan berbincang dalam "bahasa doktor" yang Ummi tak fahami. Mungkin mereka sedang mencari punca mengapa perut Ummi begitu sakit sekali di awal kehamilan. Kalau nak dikatakan keguguran, Ummi tidak mengalami pendarahan. Kalau nak dikatakan mengandung di luar rahim, "nyawa" Ummi masih terletak cantik di dalam rahim. Fikiran mereka agak buntu. Ummi mengagak bahawa kedua-dua wanita tersebut masih merupakan doktor pelatih. Agak lama juga Ummi berada di dalam bilik itu. Akhirnya, doktor wanita India tersebut meminta Ummi melakukan Urine Test dan menunggu di luar bilik sehingga di panggil semula.

Hampir jam 4 petang barulah kelihatan kelibat En.Suami yang meredah masuk sambil membawa makanan ringan. Beliau meminta izin dari kaunter luar untuk masuk memberi makanan kepada Ummi. Saaaaayang beliau. Beliau betul-betul memahami yang Ummi sedang kelaparan. Untuk makluman, kerusi di ruangan menunggu hanya terhad kepada 5 orang sahaja. Oleh itu, golongan suami tidak dibenarkan menunggu di ruangan tersebut kecuali ada kes-kes tertentu seperti wanita Viatnam itu tadi.

En.Suami tanyakan beberapa soalan kepada Ummi. Misalnya, apa perkembangan terkini, sudah selesai atau belum, bila boleh balik rumah dan sebagainya.. En.Suami pun sebenarnya dah hilang mood untuk menunggu lebih lama. Antara banyak-banyak perkara, "menunggu"lah paling dia pantang sekali. Ummi beritahunya bahawa doktor meminta untuk menunggu sehingga result urine test keluar. Hendak menunggu keputusan urine test sahaja pun memakan masa 20-30min. En.Suami meminta diri untuk menunggu di luar sahaja.

Selepas result keluar, doktor wanita India tersebut menyatakan bahawa urine Ummi ada jangkitan kuman atau bahasa pasarnya kencing kotor. Yolah tu. Kalau melibatkan 'pembuangan', ada yang bersih ka? Konfius. Ummi iya kan aja apa yang doktor cakap sebab dah penat menunggu. Kemudian, doktor memberi ubat antibiotik untuk dihabiskan beserta Surat Cuti Sakit (MC) di atas permintaan Ummi. Fuhh.. Lega. \(=^_^=)/    Berakhir sudah penantian. Ada pepatah menyatakan "Penantian itu Suatu Siksaan". Betul tu. 

Akhirnya, kami sampai ke rumah lebih kurang jam 5.30 ptg dengan berbekalkan Cendol Pulut dan juga Rojak (lebih kurang macam pesembor) UNITEN, Bangi kegemaran En.Suami. Bayangkan kami keluar rumah dari jam 9.00 pagi hingga hampir jam 6.00 petang. Dalam keadaan sakit pun tidak dapat berehat. Bagaikan waktu pergi-balik kerja sahaja lagaknya.

Berjuta-juta penghargaan untuk En.Suami yang telah bersusah payah sanggup menemani isteri ter'CHENTA'nya walaupun terpaksa menghadapi perkara yang paling tidak disukainya iaitu --> merempuh jalam jem, susah mencari parking, dan menunggu dan menunggu dan menunggu dan etc.

p/s: Panjang giler kan story Ummi ni. Ummi cuba untuk menerapkan 'Bahasa Budaya Kita' tanpa menggunakan bahasa rojak, bahasa pasar, dan juga singkatan perkataan di dalam belog Ummi sehabis baik walaupun tak sempurna. Ummi tahu ada sesetengah ayat tatabahasa Ummi yang tergunakan bahasa rojak (melayu-inggeris) tersebut. Segala kekurangan Ummi akan cuba diperbaiki dari semasa ke semasa okey!! Cewah. Skema giler Ummi ni kan. Mesti ada yang rasa geli-geli. Kehkeh. Pepatah mat salleh kata "Peace no War" (=^-^=)V

Sekian.


. Wassalamu .